Monday 5 March 2018

TUARAN, 2 MAC 2018 – Konsert 1MYC sempena Karnival Belia Inovasi Tuaran telah diadakan dengan jayanya dan dirasmikan oleh DSP Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi pada 2 Mac 2018 di daerah Tuaran.

Karnival yang dilaksanakan sepanjang 24 Februari hingga 4 Mac 2018 bertempat di 5 lokasi sekitar daerah Tuaran adalah merupakan anjuran Kelab Belia Pekan Tuaran bersama Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia, Pejabat Daerah Tuaran, Majlis Daerah Tuaran, Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Tuaran, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat serta agensi dan persatuan-persatuan belia di daerah Tuaran. Sebanyak 13 aktiviti sebagai pengisian karnival tersebut yang bakal dilaksanakan. 

Tahniah diucapkan kepada Kelab MultiGeneration yang telah berjaya melaksanakan majlis tersebut dengan penuh berprestij dan anggaran penonton yang hadir pada malam pesta tersebut adalah menjangkaui daripada jumlah sasaran iaitu 10 ribu ke 15 ribu pengunjung.

Be 1 Team !





PEMBANGUNAN WANITA